Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Model Penyelesaian Masalah

UPSR Hampir semua murid di sekolah rendah hatta di sekolah menengah fobia bila memikirkan kaedah dan teknik dalam penyelesaian masalah. Jika dirujuk kepada model penyelesaian masalah, "Polya's Model" merupakan model yang popular dan mudah diikuti oleh semua murid. Ikuti la tip berikut, amalkan dalam penyelesaian masalah Matematik, insyaallah ia mampu membantu anda di samping mengingatkan tentang matlamat anda dalam Kelas Tahun 6.......... Yang murid tahu UPSR adalah singkatan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, cuba lihat model penyelesaian di bawah. U : Understand      Faham dan sefaham. Maksudnya apa anak-anak? Setiap nilai atau data yang ada dalam penyelesaian masalah merupakan 'clue' untuk langkah pertama kita. Gariskan nilai dan perkara penting dalam soalan. Jangan segan silu untuk menconteng soalan, bukan vandalisme yang kita buat tapi satu kaedah untuk faham soalan. Tak sefaham lagi? Berapa kali baca soalan? Berulang kali sehingga faham dan mampu imaginasik...