Langkau ke kandungan utama

Puisi Dalam Matematik

Tajuk puisi : Disember


Dua belas bulan dalam setahun yang ku tahu,
Di sinilah bermula dua belas bulan itu,
Januari, Febuari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos dan banyak lagi….
September, Oktober, November dan bulan yang terbaik sekali adalah Disember

Tajuk puisi: Berapa banyaknya?


Berapa banyaknya saat dalam seminit?
Enam puluh, dan tidak ada lagi, di dalamnya.

Berapa banyaknya minit dalam satu jam?
Enam puluh, untuk kedua mata yang tajam.

Berapa banyaknya jam dalam satu hari?
Dua puluh empat jam dalam sehari untuk menanti.

Berapa banyaknya hari dalan satu minggu?
Tujuh, untuk menyanyi dan berlagu.

Rumusan

Puisi ini dapat digunakan untuk membantu murid-murid dalam mengingati nama dan tempat letak yang betul bagi 12 bulan dalam setahun.

Penggunaan ‘Disember’ adalah kerana kebanyakkan kanak- kanak menyukai bulan tersebut kerana cuti sekolah panjang. Tetapi ada setengahnya gemar pada bulan-bulan yang lain.
Guru dapat membuat perbincangan dengan murid-murid dari puisi tersebut seperti bulan mereka dilahirkan, pengajaran cuaca atau musim seperti musim kemarau dan sebagainya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pecahan ; Permudahkan , Kecilkan

RINGKASAN JURNAL: PENGUASAAAN SIFIR DARAB DALAM MATEMATIK TAHAP DUA

RINGKASAN JURNAL: PENGUASAAAN SIFIR DARAB DALAM MATEMATIK TAHAP DUA Ringkasan jurnal oleh Dragonizer Penulis asal: Agnes Voo Tun Chuan Pencapaian rendah di kalangan dalam Matematik di sekolah-sekolah rendah berpunca dari kegagalan pelajar untuk menguasai sifir darab. Kegagalan pelajar dalam menghafal sifir dan mencongak di depan rakan-rakan mereka boleh menyebabkan mereka menghadap math phobia. Satu kajian tindakan melibatkan murid tahun 5 yang rendah pencapaiannya dipilih. Pelajar-pelajar ini didapati tidak memahami konsep operasi darab, tidak belajar melainkan di sekolah, tidak mahu belajar, tidak sedar tentang kepentingan pendidikan dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Tinjauan awal melibatkan temubual dengan guru dan murid, semakan profil murid dan ujian awal. Didapati sample terdiri daripada anak pendatang, tiada dorongan/perhatian ibu bapa/penjaga, ke sekolah tanpa sarapan pagi, bekerja di luar waktu sekolah dan jarang hadir ke sekolah. Setahun kemudian, satu ...