Langkau ke kandungan utama

Cerita Lucu Pengubat Hati

Sekolah Malam

Jani sangat teruja esok dia akan naik ke darjah satu. Tibanya hari sekolah, ibu Jani mengejutkannya pada pukul 6 pagi. Sewaktu terpandang keadaan di luar rumah yang masih gelap gelita, Jani segera mendapatkan ibunya di dapur. Jani kelihatan sangat cemas. Ibunya pun bertanya, “Kenapa ni? Hari ni kan Jani nak ke sekolah. Kenapa tak pergi mandi lagi ni? Dengan nada sedikit ketakutan Jani pun berkata, “Bu, kenapa ibu tak cakap yang Jani kena masuk sekolah malam?”


100 Markah

Ali     : Ayah, hari ni Ali dapat 100 markah.

Bapa  : Ya? Pandainya anak ayah ni ..
Ali     : Tengoklah la ni ayah. Matematik Ali dapat 20 markah, Bahasa Melayu 30  markah, Sains 40 markah, pastu Bahasa Inggeris 10 markah. Campur semua sekali 100 markah, yah!
Bapa : Bijak …. Bijak …

Beli Mangga

Pada suatu hari seorang pembeli sedang tawar menawar dengan penjual mangga di pasar malam.


Pembeli : Bang, mangga ni sekilo berapa ya?


Penjual : RM15 sekilo.


Pembeli : Mahalnya, tak boleh kurang ke?


Penjual : Dah tak boleh dah, harga tetap.


Pembeli : Kalau tak manis macam mana bang?


Penjual : Kalau tak manis tak payah bayar la.


Pembeli : Ok, kalau macam tu kasi saya mangga yang tak manis 10 kilo. Kasi plastik ekstra ya bang.

Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab” Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang”.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pecahan ; Permudahkan , Kecilkan

Nota Darab dan Bahagi