Langkau ke kandungan utama

Puisi Dalam Matematik

Tajuk puisi : Disember


Dua belas bulan dalam setahun yang ku tahu,
Di sinilah bermula dua belas bulan itu,
Januari, Febuari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos dan banyak lagi….
September, Oktober, November dan bulan yang terbaik sekali adalah Disember

Tajuk puisi: Berapa banyaknya?


Berapa banyaknya saat dalam seminit?
Enam puluh, dan tidak ada lagi, di dalamnya.

Berapa banyaknya minit dalam satu jam?
Enam puluh, untuk kedua mata yang tajam.

Berapa banyaknya jam dalam satu hari?
Dua puluh empat jam dalam sehari untuk menanti.

Berapa banyaknya hari dalan satu minggu?
Tujuh, untuk menyanyi dan berlagu.

Rumusan

Puisi ini dapat digunakan untuk membantu murid-murid dalam mengingati nama dan tempat letak yang betul bagi 12 bulan dalam setahun.

Penggunaan ‘Disember’ adalah kerana kebanyakkan kanak- kanak menyukai bulan tersebut kerana cuti sekolah panjang. Tetapi ada setengahnya gemar pada bulan-bulan yang lain.
Guru dapat membuat perbincangan dengan murid-murid dari puisi tersebut seperti bulan mereka dilahirkan, pengajaran cuaca atau musim seperti musim kemarau dan sebagainya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pecahan ; Permudahkan , Kecilkan

Sifir dua digit

Ramai murid sukar menjawab bila ditanya tentang sifir  dua digit. Perhatikan kaedah ini. Contoh sifir 27. Asingkan digit 2 dan digit 7 serta buat garisan serenjang seperti di atas. Lihat paten dan fahami. Mudah bukan?