Langkau ke kandungan utama

Model Penyelesaian Masalah

UPSR
Hampir semua murid di sekolah rendah hatta di sekolah menengah fobia bila memikirkan kaedah dan teknik dalam penyelesaian masalah. Jika dirujuk kepada model penyelesaian masalah, "Polya's Model" merupakan model yang popular dan mudah diikuti oleh semua murid. Ikuti la tip berikut, amalkan dalam penyelesaian masalah Matematik, insyaallah ia mampu membantu anda di samping mengingatkan tentang matlamat anda dalam Kelas Tahun 6..........
Yang murid tahu UPSR adalah singkatan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, cuba lihat model penyelesaian di bawah.

U : Understand
     Faham dan sefaham. Maksudnya apa anak-anak? Setiap nilai atau data yang ada dalam penyelesaian masalah merupakan 'clue' untuk langkah pertama kita. Gariskan nilai dan perkara penting dalam soalan. Jangan segan silu untuk menconteng soalan, bukan vandalisme yang kita buat tapi satu kaedah untuk faham soalan. Tak sefaham lagi? Berapa kali baca soalan? Berulang kali sehingga faham dan mampu imaginasikan melalui bayangan minda, cam angan-angan la.

P : Plan
     Setelah faham dan sefaham langkah berikutnya adalah merancang langkah. Apa yang perlu ada dalam minda kita? Operasi yang empat, tambah, tolak, darab dan bahagi. Ini penting kerana dalam soalan penyelesaian masalah operasi yang empat merupakan terasnya. Set kan dalam aliran minda kita operasi apa yang perlu dibuat dahulu. Fikirkan juga jalan pintas yang boleh dibuat untuk soalan yang berkenaan. Sewajarnya dalan plan ni anak-anak sudah boleh menjelaskan perancangan secara lisan atau bergambar.

S : Solve
     Selesaikan ikut langkah yang telah dibuat dalam perancangan. Penyelesaian perlu ikut langkah demi langkah agar ianya lebih bersistematik. Contohnya dalam Kertas 2 Matematik, langkah pengiraan yang betul akan diberikan markah tertentu. Tu pentingnya dalam membuat latihan, biasakan langkah-langkah di susun teratur sebelum diberikan jawapan akhir.

R : Reverse
     Istilah biasa yang digunakan 'check back the solution', dalam bahasa yang paling mudah semak semula. Ada kalanya anak-anak tidak faham semak tau, sebab cikgu pernah ditanya oleh anak murid cikgu. Semak apa cikgu? Terkedu cikgu, tapi cikgu jelaskan dengan perkataan yang lebih dia faham. Cikgu minta murid yang berkenaan jalan ke depan sebanyak 5 langkah dan mengulangi nya lagi dengan gaya aksi yang sama. Ertinya apa? Lihat semula segala perbuatannya itu sama atau sebaliknya dari aksi yang pertama.  Secara spontan murid itu menjawab, saya faham cikgu.

Sesungguhnya hati dan kesungguhan yang mampu menjadikan anak-anak cemerlang dalam Matematik, solat, berdoa, dan tawakal pada Allah jangan di lupa. Moga semua anak didik cikgu berjaya di dunia dan akhirat, amin.

Daripada Abu Mas'ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda. " Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutnya."
(Riwayat Muslim)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pecahan ; Permudahkan , Kecilkan

Sifir dua digit

Ramai murid sukar menjawab bila ditanya tentang sifir  dua digit. Perhatikan kaedah ini. Contoh sifir 27. Asingkan digit 2 dan digit 7 serta buat garisan serenjang seperti di atas. Lihat paten dan fahami. Mudah bukan?